Halaman

Isnin, 7 November 2011

LAGU : GENERASI SK PAYA MEBI





Kamilah generasi
SK Paya Mebi
Generasi bermisi
Generasi bervisi

Junjung cita-cita murni
Dengan semangat membara
Bersedia hadapi
Walau rintangan melanda

Generasi bermisi harapan nusa
Generasi bervisi tunjang negara
Mengorak langkah seiringan
Berganding bahu capai kejayaan

Generasi bermisi tidak lupa
jasa guru-guru pendeta
Generasi bervisi ingat selalu
Nasihat dan pengorbanan ayah ibu

Berdoa dan berusaha 
Berbudi luhur mulia
Kami amalkan sentiasa
Walau di mana berada

Harum namamu  
mekar mewangi
SK Paya Mebi

Selasa, 25 Oktober 2011

PIBG perlu selesai isu disiplin

PORT DICKSON 29 Sept. - Penyelesaian masalah disiplin pelajar bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah semata-mata tetapi harus dipikul bersama oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, PIBG boleh berperanan besar dalam menyelesaikan masalah itu dan pada masa sama tidak menjadikannya sebagai isu besar."Kita bimbang isu masalah disiplin ini akan menjadi polemik malah lebih memburukkan keadaan jika ia menjadi isu politik. "Kementerian berharap PIBG berfungsi sebagai pemangkin dengan sama-sama menyelesaikan masalah di sekolah terutama gejala disiplin di kalangan pelajar," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Pendaftaran PIBG Kawasan DUN Bagan Pinang di sini hari ini.Turut hadir Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdullah Muhammad.Menurut Mohd. Puad, PIBG perlu aktif memberi sumbangan kepada pihak sekolah termasuk daripada aspek penyampaian idea untuk membangunkan institusi pendidikan negara."Kita tidak boleh hanya menumpukan soal pembangunan infrastruktur sebaliknya memberi keutamaan kepada pembinaan dalaman para pelajar bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan berkualiti," katanya. Tambahnya, jika semua PIBG mengambil pendekatan itu dan bermusyawarah dengan pihak sekolah, hasrat kerajaan untuk menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan pendidikan akan tercapai.

ARKIB : 30/09/2009

Rabu, 19 Oktober 2011

Kepadatan yang kian meruncing!

Enrolmen pelajar SKPM mengikut kelas bagi Tahun 2011


JANTINA
KELAS
JUMLAH
Pra
1G
1C
T2
T3
T4
T5
T6
LELAKI
15
16
15
23
27
22
37
26
181
PEREMPUAN
10
17
11
31
27
32
18
22
168
JUMLAH
25
33
26
54
54
54
55
48
349

Jumlah kepadatan pelajar bagi satu-satu kelas di SKPM naik mendadak sejak tahun 2004. Tahun-tahun sebelumnya mencatatkan bilangan pelajar sekitar 30 hingga 35 orang untuk satu-satu kelas. Kepadatan yang mendadak ini sebagai akibat daripada pertumbuhan beberapa kawasan perumahan baru di sekitar Kampung Paya Mebi, antaranya RPR Taman Indah Landeh, dan Taman Landeh.
SKPM sememangnya tidak mampu untuk menampung bilangan pelajar yang banyak  kerana jumlah bilik darjah yang terhad. Sekolah ini hanya memiliki 7 bilik kelas sahaja dalam satu-satu sesi persekolahan. Oleh itu, suasana pembelajaran yang kondusif sukar untuk dilaksana. Menurut Berita Harian Online pada 18/05/2010, jumlah 25 pelajar bagi setiap kelas adalah yang ideal untuk membolehkan guru memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Ia berdasarkan kajian ilmiah yang pernah dilaksanakan dengan mengambil kira model sekolah di negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Ahad, 16 Oktober 2011

Bangganya seorang ibu


  Perhimpunan Mingguan kali ini menampakkan suatu kelainan apabila salah seorang ibu bekas pelajar di sekolah ini telah dijemput untuk menyampaikan ucapan. Beliau dijemput untuk berucap kerana anaknya Nurfarahin bt Jimat telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2006. Nurfarahin telah memperoleh 5A dalam ujian penilaian tersebut.
            Dalam ucapannya Puan Suraya menzahirkan perasaan terima kasih kepada guru-guru di SK Paya Mebi kerana telah mendidik dan membimbing anaknya. Beliau sedar tanpa didikan dan bimbingan daripada guru-guru, kejayaan anaknya tidak akan dikecapi. Sehubungan itu, Puan Suraya turut mengingatkan pelajar-pelajar SK Paya Mebi khususnya pelajar-pelajar Tahun 6 agar belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan demi mengharumkan nama sekolah.
            Dalam majlis itu Puan Suraya turut mewakili anaknya menerima hadiah berupa wang tunai daripada Yayasan Sarawak. Hadiah itu telah disampaikan oleh guru besar SK Paya Mebi Puan Hamsiah Hj Jamil. Pada wajah Puan Suraya terpancar cahaya kegembiraan dan kepuasan kerana kprihatinannya dalam pelajaran anak-anak menampakkan hasil. Selain daripada Nurfarahin, Animie Husna bt Hassan juga terpilih menerima hadiah yang serupa. Kedua-dua pelajar ini menyambung pelajaran masing-masing di sekolah yang ‘ternama’ di Sarawak. Nurfarahin menyambung pelajarannya di SMKA Sheikh Hj Othman Abdul Wahab, Matang Kuching, manakala Animie Husna di SM Sains Kuching.
            Kejayaan ini pastinya menjadi lakaran yang paling manis buat Nurfarahin dan Animie Husna. Selain dapat menempatkan diri sebaris dengan pelajar-pelajar lain di sekolah yang ‘ternama’ mereka turut membanggakan kedua ibu bapa, masyarakat kampung dan warga sekolah SK Paya Mebi. Semoga kejayaan yang diperoleh hari ini merupakan titik tolak untuk kedua-duanya menggapai kejayaan yang lebih bermakna suatu hari nanti.