PORT DICKSON 29 Sept. -
Penyelesaian masalah disiplin pelajar bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah
semata-mata tetapi harus dipikul bersama oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG).Timbalan Menteri
Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, PIBG boleh berperanan besar dalam
menyelesaikan masalah itu dan pada masa sama tidak menjadikannya sebagai isu
besar."Kita bimbang isu
masalah disiplin ini akan menjadi polemik malah lebih memburukkan keadaan jika
ia menjadi isu politik. "Kementerian
berharap PIBG berfungsi sebagai pemangkin dengan sama-sama menyelesaikan
masalah di sekolah terutama gejala disiplin di kalangan pelajar," ujarnya.
Beliau berkata demikian
pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Pendaftaran PIBG
Kawasan DUN Bagan Pinang di sini hari ini.Turut hadir Pengarah
Pelajaran negeri, Datuk Abdullah Muhammad.Menurut Mohd. Puad, PIBG
perlu aktif memberi sumbangan kepada pihak sekolah termasuk daripada aspek
penyampaian idea untuk membangunkan institusi pendidikan negara."Kita tidak boleh
hanya menumpukan soal pembangunan infrastruktur sebaliknya memberi keutamaan
kepada pembinaan dalaman para pelajar bagi membolehkan mereka mendapat
pendidikan berkualiti," katanya. Tambahnya, jika semua
PIBG mengambil pendekatan itu dan bermusyawarah dengan pihak sekolah, hasrat
kerajaan untuk menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan pendidikan akan
tercapai.
ARKIB : 30/09/2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan