Majlis Khatamal Al-Quran 2012.
Oleh : rie.mohdPeserta-peserta khatam yang mengambil bahagian. |
Peserta khatam merakam gambar kenangan bersama Ustazah Shasha dan Ustazah Halimah. |
"Al-Quran dihayati, hidup diberkati," merupakan tema pilihan untuk majlis khatam kali ini. Tema ini amat tepat dengan peranan Al-Quran dalam kehidupan umat Islam. Ibnu Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Kamu hendaklah membaca Al-Quran kerana kamu akan diberi ganjaran atas bacaan kamu tersebut. Ingatlah, aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf. Akan tetapi, alif (ganjarannya) sepuluh, lam (ganjarannya) sepuluh, dan mim (ganjarannya) sepuluh. Semuanya tiga puluh. Petikan sabda junjungan ini memperingatkan kepada kita bahawa ganjaran membaca Al-Quran itu sangat besar. Oleh itu, rebutlah peluang mempelajari Al-Quran supaya kita dapat membacanya dengan baik. Selain itu sebagai muslim kita patut menyedari bahawa Al-Quran ialah kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W di samping merupakan suatu mukjizat daripada Allah. Mukjizat (معجزة) pula, ialah perkara luar biasa dan hanya berlaku kepada rasul bagi membuktikan kerasulannya. Beruntungnya kita sebagai umat Muhammad kerana dibekalkan dengan mukjizat seperti Al-Quran yang membolehkan kita mungkin menemukan 'perkara' luar biasa dalam hidup, sepertimana peristiwa yang dipapar pada http://www.asraffayob.com/quran-get-inspired/pernah-alami-%E2%80%99fenomena-umar%E2%80%99/ ini.
Kesimpulannya, apabila kita menyingkap kembali petikan pesanan terakhir junjungan mulia nabi Muhammad S.A.W yang menjelaskan bahawa 'sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku'. Sesungguhnya, ungkapan ini membawa mesej yang cukup jelas bahawa Al-Quran ada 'rahsia besar'. Oleh itu, marilah kita beramal dengan yakin akan Al-Quran.